SATU MALAYSIA

SATU MALAYSIA

e-INFO





SELAMAT BERTUGAS DEMI KEAMANAN SEMUA

" RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

PONDOK KAWALAN SRS

Sumbangan iklas daripada POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Beseri Paya mula ditubuhkan sejak lebih setahun yang lalu dengan kekuatan keanggotaan seramai 34 orang pada mulanya dan sehingga kini telah bertambah menjadi 98 orang anggota sukarelawan berdaftar yang terdiri daripada penduduk setempat.Tugas rondaan anggota SRS telah dimulai pada bulan Mei 2008. Objektif utama penubuhan SRS adalah untuk memantau kawasan perumahan dan kawasan sekitarnya daripada berlakunya jenayah kecurian,ragut,pecah rumah dan banyak lagi.Anggota SRS memulakan tugas pada setiap malam secara bergilir-gilir berpandukan jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku kecemasan,anggota SRS akan memberi bantuan sebaik mungkin bagi membendung jenayah yang mana dipantau oleh Balai Polis Beseri. Setiap anggota SRS yang bertugas dilengkapi dengan peralatan seperti lampu suluh,belantan dan lampu keselamatan serta alat komunikasi.Kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dikawasan Rukun Tetengga seluruh negara akan berpeluang mendapatkan perlepasan waktu bekerja dua kali sebulan tetapi meraka perlu mendapatkan kelulusan perlepasan daripada ketua jabatan masing-masing terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas rondaan. Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan iaitu jadual rondaan yang telah disahkan oleh jawatankuasa Rukun Tetangga Kawasan.Ini disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional,telah menerima surat pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) pada 23 Disember 2008.

ANUGERAH KUALITI RT 2008

ANUGERAH KUALITI RT 2008
21 NOVEMBER 2008 Pusat Dagangan Dunia Putra

SEJARAH PAKAIAN ANGGOTA POLIS

SEJARAH PAKAIAN ANGGOTA POLIS
dipetik dari.....Utusan Malaysia
Powered By Blogger